Pusat Pemindahan Banjir Dewan Pak Musa Beaufort. Lebih kurang 120 orang yang menetap di Dewan Pak Musa ini. Saya difahamkan mangsa yang terlibat adalah daripada kg Melati, Kg Melalugus, Kg Bakalau dan Kg Bingkul. Melihat keadaannya memang menyedihkan, tidur hanya beralaskan tikar getah..tapi pujian harus diberikan kepada semua AJK Banjir Daerah Beaufort, JP3, Polis, Bomba atau daripada Kebajikan. Mereka terus membantu meringankan bebanan mangsa banjir ini.
Saya perhatikan, makanan disediakan. Ketika tinjauan saya, mereka sedang berehat dan ada yang sedang bersarapan pagi mee goreng yang disediakan oleh sukarelawan termasuk Pengakap dan Bulan Sabit Merah. Ramai remaja yang terlibat. Satu aktiviti yang sihat.. |
Jangan hanya sekadar tengok......Sama-samalah kita membantu mangsa banjir di negara kita....Bagamana rasanya jika kita yang berada di tempat mereka...Malaysia Boleh!!!!