Beaufort, internet dan sekitarnya

Cerita Pekan Beaufort disepanjang tahun ini, bukan setakat banjir...mungkin ada cerita yang lebih menarik..

 
Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Baby Day Out
Saturday, May 10, 2008
Alhamdulilah
Anak ke 3 telah selamat dilahirkan oleh orang rumah tersayang pada 6hb. Mei, 2008. Tepat jam 8.30 pagi. Tapi sayang pic Day One tiada, yang di kanan ini adalah image pada Day Two. Baby sihat berat ketika dilahirkan adalah 3.95kg..






Biarpun sihat tapi ada sedikit masalah pada baby dikesan pada hari ke 2 tu, tangan kiri baby ada kesan lebam dan menangis berlarutan bila disentuh pada bahu kiri. Kesan lebam ini dipercayai akibat @ ketika nurse/doktor menyambut kelahiran baby. Umi baby telah merujuk kesan ini kepada doktor yang bertugas dan telah di Xray sebanyak dua kali untuk confirmkan masalah. Mengikut kenyataan doktor " mungkin saraf mengalami kerosakan..!!! " arrrghh...ini dah cukup merisaukan saya. Secara logiknya memang saya terfikir kesan kecederaan ini. Apakah ia kekal..atau sebaliknya. Memang kami sefamili mengharapkan kesan ini hanya sementara. Tapi apa cerita kalau ianya kekal..bermakna baby akan membesar dengan tangan kiri yang longlai tidak bermaya. Perlu kah saya hanya berdiam diri, bukankah ini sebagai kecuaian. Kecuaian kakitangan hospital, kecuaian doktor dan kecuaian pihak Hospital Beaufort, Sabah. Patutkah saya mendiamkan diri dan biarkan perkara @ kecuaian ini berulang lagi..??

Kalau saya ingin membawa perkara ini untuk diketengahkan, bagaimana pula caranya..?? Tentu saya mulakan dengan bukti kecuaian ini serta laporan polis atau bagaimana..?? Sekarang ini, pihak hospital sedang merawat baby ini, terapi kata dorang..?? di tempatkan di wad kanak² tingkat 1, katil # 31.











Baby Day 3















Baby Day 4 with his brother izan.
posted by Admin @ 8:55 PM   0 comments
Taman Buaya Sandakan
Thursday, August 30, 2007
Dalam keletihan kami seFamili sempat melawat tempat-tempat menarik di Sandakan, Kak Farah sebagai guide perjalanan kami pada pagi itu nampak sentiasa ceria melayan karenah anak-anak kami.

Tempat paling best adalah semasa mengunjungi Taman Buaya, walaupun beberapa kali tersesat, ( Tertinggal konvoi ) akhirnya kami jumpa tempat yang sepatutnya dituju tepat pada masa bermulanya persembahan pakar-pakar pengendali buaya di taman berkenaan.







posted by Admin @ 11:40 AM   1 comments
Karnival Bakat Pra Sekolah Peringkat Negeri di Sandakan
27hb-29hb Ogos, 2007, Sanbay BallRoom, Sandakan. Karnival Bakat Pra Sekolah Peringkat Negeri Sabah telah diadakan di Sandakan. Pelajar daripada 8 Bahagian dari seluruh Sabah telah mengadakan persembahan dalam beberapa kategori.
Tarian dan Gerakan kategori yang disertai oleh pelajar dari Sek. Ren. Klias Kecil, Beaufort mewakili Bahagian Pantai Barat Pedalaman.
Dijadikan cerita, saya mewakili PARENTS kepada pelajar ini amat TIDAK berpuas hati dengan pengajuran ini. Bukan nak mengutuk, tapi biarlah dijadikan tauladan dimasa akan datang. Cuba bayangkan parents ini sanggup datang dari jauh semata-mata ingin menjadi pemangkin agar pelajar lebih bersemangat seterusnya berharap pelajar ini akan memberikan persembahan yang mantap dan lebih penting menjadi penyokong kepada pihak pengajur.
Saya percaya pihak penganjur sedar akan kehadiran parents di dewan persembahan dan saya juga yakin penganjur TIDAK menyedari peranan parents ini kepada pelajar dan sokongan parents kepada pihak menganjur. Agak malang kepada parents ini, mengharapkan suasana dewan yang memuaskan agar dapat melihat persembahan pelajar yang telah menang di peringkat bahagian dengan selesa.
Cuba kita bayangkan....nanti sat sambung ar..
posted by Admin @ 10:46 AM   0 comments
Agloco - Percuma
Thursday, July 19, 2007



Berita Baik!! Agloco software boleh di download sekarang, sila register dengan mengklik pada menu sebelah kanan anda...pilih salah satu sahaja.


Anda ingin mencari PENDAPATAN SAMPINGAN semasa melayari Internet? Hari ini adalah hari bertuah anda kerana anda telah menemui peluang untuk memperolehi PENDAPATAN SEPENUH MASA dengan kerja sampingan!!! Dan yang lebih hebat, semua ini boleh anda dapatkan secara PERCUMA!!!
posted by Admin @ 8:33 AM   0 comments
Kemalangan Di Jalan Beaufort - Weston
Sunday, June 3, 2007



Petang tadi kami sekeluarga ke Sipitang untuk menghantar princess Nadia ke kem Kubena..ala pelatih PKLN 2007.


Setiba kami berhampiran persimpangan Weston, ada kemalangan berlaku, fresh lagi..sebuah kenderaan pacuan 4 roda tergolek dog...waktu tu hujan renyai-renyai bertukar menjadi lebat. Saya dan wife sempat membantu mengeluarkan mangsa yang terperangkap di dalam kenderaan berkenaan dengan bantuan beberapa pemandu yang lain. Mujurlah tiada mangsa yang cedera. Mangsa cuma agak panik, si suami seorang haji tu nampak ok..tapi isteri dan dua orang anaknya menangis terperanjat atau ketakutan barangkali.


Termasuk kejadian ini, dalam tempoh 1 minggu ja dah 3 kemalangan berlaku, 2 yang terdahulu melibatkan kemalangan maut....so untuk mengingatkan diri ini, wife dan rakan-rakan yang memandu BERHATI-HATI KETIKA ANDA MEMANDU, JANGAN LAJU SANGAT.


posted by Admin @ 9:55 PM   0 comments
Sekadar Hiasan
Saturday, March 3, 2007
Belum ada yang baru untuk hari ni, cuma tidak sabar menunggu produk terbaru Agloco...ntah betul ker tidak, tapi seronok tengok downline update setiap hari...
posted by Admin @ 7:25 PM   0 comments
Agloco di Beaufort
Thursday, March 1, 2007


Agloco terlalu baru dikalangan pengguna Internet di Beaufort, jangan fikirkan mana yang anda tidak pasti...hanya perlu daftar kemudian baru kita dapatkan info kenapa perlu mendaftar bersama Agloco..ianya FREE atau PERCUMA kata orang Beaufort. Tiada Virus di link ini, kita nda perlu bimbang..PERCAYALAH

Apa itu Agloco?
Sekiranya anda masih ingat pada tahun 1999, terdapat sebuah program yang dipanggil "Get paid to surf" yang dikenali sebagai AllAdvantage.com. Prinsipnya dengan memaparkan toolbar AllAdvantage semasa anda melayari internet, anda mendapat bayaran. Mudah bukan?Dan apabila anda memperkenalkan program tersebut kepada pengguna yang lain, mereka melayari internet manakala anda pula dibayar. Ianya sangat berkesan, kecuali kesilapan pihak pengurusan syarikat tersebut telah memusnahkan peluang pada masa itu.Tunggu... jangan salah faham! Ramai yang telah mengaut keuntungan melalui program AllAdvantage pada masa itu. Sejak dari itu, kita asyik menunggu kemunculan peluang seumpamanya. Akhirnya ia telah tiba! Agloco...Agloco menjanjikan bayaran untuk anda apabila anda melakukan perkara biasa iaitu menggunakan browser anda untuk melayari internet. Dan... jika anda memperkenalkannya kepada kawan-kawan yang lain, anda dan kawan anda akan dibayar. Caranya mudah... dan pendaftaran adalah percuma!



Anda boleh mendaftar Di Sini atau Di Sini atau Di Sini

Terima Kasih atas sokongan anda...






posted by Admin @ 9:30 PM   0 comments
About Me

Name: Admin
Home:
About Me:
See my complete profile
Previous Post
Archives
Powered by

BLOGGER

© 2005 Beaufort, internet dan sekitarnya Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Car Pictures